Syukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat,sejahtera dan kesihatan ke atas diri saya sekeluarga.Alhamdulillah, syukur dengan rezeki yang diberikan..walau apa jua rintangan dalam hidup ini pertama pokok yang paling asas perlu ada dalam sanubari kita ialah kembali pada fitrah.
Sejarah wujudnya rasa minat untuk berniaga dicetuskan sendiri oleh isteri bila pada tahun sebelum ini ada sedikit kekangan wang..almaklumlah,ekonomi sekarang tidak menentu so kenalah cari alternative mencari wang sampingan untuk menampung kehidupan.Apatah lagi,dengan kenaikna kos barang keperluan amat tterasa sejak akhir-akhir ini.
Bermulanya perniagaan menjual nasi lemak bungkus pada tahun 2011 di mana untuk sehari jualan hanya laris 20 bungkus sahaja,dan kadang-kadang tak balik modal..istilah yang digunakan untuk peniaga.Namun,sikap tidak berputus asa menjadi panduan untuk terus mengorak langkah ke depan dengan tidak berputus asa mencari pelanggan walaupun pada mulanya ada perasaan malu yang tinggi pada ketika itu.Apa tidaknya tak pernah buat kerja-kerja macam ni..tapi rasa berbangga juga sebab kenal erti jerit perih sebagai peniaga ni.
Macam-macam strategi di buat untuk mendapatkan pelanggan bermula dengan mencuba mencari kedai-kedai dan warong-warong berhampiran rumah dan pada masa tu ramai yang mengusahakan perniagaan nasi lemak bungkus macam yang saya buat.Mula-mula rasa putus asa pun ada sebab macam mana nak jual kalau satu tempat ada dua-tiga tangan yang letak.Tapi atas nasihat dan dorongan mak ayah,isteri dan kengkawan saya beranikan diri bersaing dengan orang lain.Selama 3 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan ni,banyak yang saya pelajari.Segala pahit manis yang saya dan isteri hadapi kami tempuhi jua walau banyak laluan berliku yang kami harus lalui.
Hanya satu yang kami pegang iaitu setiap jualan nasi lemak kami buat untuk terbaik kepada pelanggan kerana hasil titik peluh yang halal mendapat barokah dalam kehidupan..biar untung sikit tapi berkat daripada untung gila-gila tapi hanya untuk sementara sahaja.
Sampai sekarang masih lagi belajar daripada usahawan-usahawan nasi lemak yang telah berjaya keluar dari kepompong kemiskinan.Syabas saya ucapkan kerana anda berani hadapi cabaran dalam dunia realiti.
Madah yang selalu saya kongsikan dalam akaun facebook saya iaitu saudara Irfan Khairi seorang jutawan internet yang bagi saya mempunyai nilai dan pembelajaran dalam ungkapannya.
Ini salah satu yang dapat dikongsikan bersama.
"Jangan jadikan impian anda hanya sekadar angan-angan"
Akhir kata..yang baik dari Allah dan yang tak baik datangnya dari kelemahan dan kesilapan diri ini.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan